PRU15.

🚩 *PH Bakal Kehilangan 63 daripada 125 Kerusi Parlimen dan MN + PN Bakal Memenangi 160 Kerusi Parlimen (79+18+63=160)*

Oleh Dr Muslim

1. Hanya 5% orang Melayu yang sokong PKR, PAN. 95% lagi sokong UMNO, PAS, dan PPBM. Kenapa cari susah pilih yang 5%. Pilihlah yang 95%.
https://www.sinarharian.com.my/article/57756/Pilihan-Raya/PRK-Tanjung-Piai/PH-raih-lima-peratus-undi-Melayu

2. PKR bakal hilang 30 dari 48 kerusi parlimen termasuk 22 kawasan majoriti Melayu apabila sentimen tolak PH seperti dalam 7 PRK yang dimenangi BN kekal ke PRU 15.

3. PAN juga bakal hilang 9 daripada 11 kerusi parlimen sekiranya sentimen yang sama kekal ke PRU 15. (Lihat kajian saya keatas PAN yang lalu)

4. Tun M orang kuat UMNO selama 22 tahun yang bakal hilang kerusinya pun ditolak oleh orang Melayu apabila dia bersekutu dengan DAP menentang balik orang Melayu. Kalaulah orang sehebat Tun M dan Anwar pun orang Melayu tolak apabila bersekongkol dengan DAP, apatah lagi orang besar lain.
Sama jugalah Ronaldo pun ditolak oleh penyokong Manchester United setelah berpindah ke kelab Real Madrid.

5. Buat hendak mengejar PKR yang bermasalah, nanti yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran, ayam terlepas, tangan bau tahi.

6. PAS mengajak UMNO, PPBM kepada penyatuan untuk menang PRU bukan untuk menang perlawanan sesama sendiri. Apa guna menang sesama sendiri tetapi negara terlepas kepada DAP pada PRU 15 nanti. We fight to win the war not to win the battle.

7. PH memenangi 125 kerusi Parlimen:
31 kerusi = majoriti kurang daripada majoriti PAS+UMNO,
20 kerusi = majoriti melebihi 0.1 ke 5% daripada majoriti PAS+UMNO,
12 kerusi = majoriti melebihi 5.1 ke 10% daripada majoriti PAS+UMNO,
10 kerusi = majoriti melebihi 10.1 ke 15% daripada majoriti PAS+UMNO,
10 kerusi = majoriti melebihi 15.1 ke 20% daripada majoriti PAS+UMNO,
42 kerusi = majoriti melebihi 20.1 ke 75% daripada majoriti PAS+UMNO.

PRK Semenyih:
Peningkatan majoriti MN = 3.75%+3.59% = 7.34% (tinggi daripada majoriti Nurul Izzah)
PRK Tanjung Piai:
Peningkatan majoriti MN+BN = 28.2%-4.55% = 23.67% (tinggi daripada majoriti Khalid Samad)
PRK Slim:
Peningkatan majoriti MN BN PN = 46.82%-26.89% = 19.93% (tinggi daripada majoriti Tun Mahathir)

Majoriti tertinggi PH dalam 63 kerusi ialah 10%. Majoriti BN pada PRK Tj. Piai dan PRK Slim ialah 23.67%
dan 19.93%. Angka ini mampu mengatasi majoriti 63 kerusi PH. Jadinya MN, BN, PPBM mampu menang
79 BN + 18 PAS + 63 = 160 kerusi

Dr Muslim
Kuantan
22 November 2020
#MampuCentre